
Michael Phelps meraikan kejayaannya meraih pingat emas Olimpik ke-20 dengan penuh emosi, sebelum memberi kejutan berganda buat penonton di Stadium Akuatik Olimpik dengan menokok emas ke-21 ketika saingan hampir ditutup.
Perenang sensasi Amerika Syarikat (AS) itu memenangi persaingan dengan Masato Sakai dari Jepun untuk mempertahankan kejuaraan 200 meter kuak kupu-kupu lelaki.
Sejurus tamat perlumbaan, Phelps meraikan kemenangan dengan penuh emosi apabila meletakkan jari di leher sebagai tanda 'tugas saya sudah selesai'.

Phelps yang mencatat masa 1 minit 53.36 saat ketika menjuarai saingan 200m kuak kupu-kupu tidak menunggu lama untuk menambak koleksi pingat.
Beberapa minit kemudian, dia turun ke kolam sekali lagi dan membantu kuartet 4x200m gaya bebas AS menewaskan Britain dengan catatan 7:00.66s.
Koleksi 21 emas yang dikumpul dalam tiga Olimpik membolehkan perenang berusia 31 tahun itu menjadi Olimpian paling berjaya abad ini.

(sumber: Utusan Online Malaysia)








