Cari:
China Giatkan Pembaharuan Struktur Sumber Tenaga
2016-08-12 12:31:24 CRI Cetak

Kini China sedang mempergiat penyunsunan semula struktur sumber tenaga dengan menambah kadar penggunaan tenaga bersih seperti tenaga bukan fosil dan gas asli supaya membentuk sistem sumber tenaga yang moden.

Pembaharuan harga merupakan kunci dalam pembaharuan sumber tenaga. Misalnya, pembaharuan harga elektrik yang sedang dilaksanakan telah membawa faedah kepada banyak korporat. Pengerusi Lembaga Pengelola Aluminium Yunnan, Yu Jilin berkata bahawa setelah pembaharuan harga elektrik dilaksanakan dan perniagaan pasaran diwujudkan, penurunan harga elektrik dapat menjimatkan RMB1 bilion (RM602 juta) kepada syarikatnya.

Setelah pembaharuan pusingan baharu dilaksanakan, persaingan sama ada dalam sektor pihak janakuasa elektrik ataupun pihak menjual tenaga elektrik turut kian terbuka dan akan membawa perubahan baharu kepada pengguna elektrik. Bagi korporat yang menjana kuasa elektrik, mereka boleh mendapat lebih banyak keuntungan jika mereka menjana dan menjual lebih banyak tenaga di samping mengurangkan kos. Manakala bagi korporat pengguna elektrik, mereka boleh memilih untuk menggunakan tenaga yang lebih bermutu dan murah.

Kini, negara-negara membangun termasuk China kian menjadi penjana utama dalam penggunaan sumber tenaga di dunia. Pada waktu yang sama, pembangunan sumber tenaga China masih menghadapi masalah seperti lebihan sumber tenaga tradisional, sturktur tenaga angin, suria dan elektrik yang kurang rasional, penggunaan gas asli perlu dikembangkan dan penggantian tenaga bersih.

Sehubungan dengan itu, China berusaha mendorong penyunsunan semula struktur sumber tenaga, mengurangkan kadar penggunaan batu arang demi mewujudkan sistem sumber tenaga yang moden.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China