Cari:
Penempatan THAAD, Polisi Korea Selatan yang Pro-Amerika
2016-08-12 13:05:32 CRI Cetak

Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) menghentam keputusan Korea Selatan untuk menempatkan sistem Pertahanan Kawasan Terminal Altitud Tinggi (THAAD) di Semenanjung Korea hingga mengundang kemarahan masyarakat antarabangsa, yang dianggap berpunca daripada pelaksanaan polisi pro-Amerika oleh Seoul sejak sekian lama.

Jurucakap Jawatankuasa Penyatuan Semula Negara Secara Damai (CPRC) DPRK semalam mengkritik perbuatan Seoul kerana cuba mengalihkan tanggungjawab penempatan THAAD itu kepada Pyongyang.

Menurut jurucakap itu, tindakan tersebut tidak akan menyembunyikan pengkhianatan Seoul terhadap Semenanjung Korea dan perlakuan yang suka mengekori Amerika Syarikat (AS), sekali gus memusnahkan keselamatan strategik negara-negara jiran dan keseimbangan strategik rantau, malah mengancam keamanan Asia Timur Laut.

Sebelum ini, Setiausaha Akhbar Pejabat Presiden Korea Selatan, Kim Sung-woo memaklumkan, keputusan untuk menempatkan sistem THAAD di republik itu sebagai sesuatu yang tidak dapat dielakkan demi melindungi keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat daripada ancaman senjata nuklear, senjata pemusnah dan peluru berpandu balistik DPRK.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China