Cari:
China, India Saling Membantu Jayakan Persidangan Berprestij di Dunia
2016-08-14 15:07:23 CRI Cetak

Menteri Luar China, Wang Yi menyifatkan lawatan beliau ke India baru-baru ini sebagai kesempatan untuk menyelaraskan komunikasi strategik dengan New Delhi sebelum Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20) dirasmikan di Hangzhou, China pada September depan dan Pertemuan Pemimpin Negara-Negara BRICS di Goa, India, sebulan selepas itu.

Setelah pertemuan diadakan berasingan dengan Perdana Menteri India, Narendra Modi dan rakan sejawatnya dari negara itu, Sushma Swaraj, Wang Yi menyatakan bahawa konsensus mustahak yang dicapai Beijing dan New Delni adalah untuk menjayakan kedua-dua persidangan berprestij di dunia tersebut melalui sokongan padu sesama lain.

Wang Yi berpendapat, selain menjalin ikatan kerjasama yang erat dan padu di antara negara-negara membangun, kedua-dua persidangan berkenaan juga boleh membantu entiti ekonomi pasaran baru muncul meningkatkan kedudukan dan fungsi mereka dalam tadbir urus global.

Mengenai masalah-masalah yang timbul dalam hubungan kedua-dua buah kuasa, Wang Yi menjelaskan, ini merupakan sesuatu yang amat biasa. Cara penyelesaian yang lebih wajar adalah dengan melakukan rundingan dan dialog yang ikhlas bagi menumbuhkan perasaan yang saling mempercayai dan mengetepikan perselisihan faham.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China