Cari:
Rusia Perlu Kekalkan Tentera di Syria
2016-08-15 14:31:12 CRI Cetak

Dalam usaha untuk memerangi pengganas, Rusia perlu mengekalkan pangkalan tentera udara di Syria.

Pengemaskinian terhadap kelengkapan tentera Rusia dilaksanakan mengikut rancangan sejak beberapa tahun yang lalu. Hal tersebut tidak perlu dikhuatiri oleh Amerika Syarikat (AS).

Demikian dinyatakan Menteri Pertahanan Rusia, Sergey Shoigu dalam program TV Rusia-24 semalam.

Menurut beliau, selain memerangi pengganas dan kegiatan jenayah tempatan, seperti yang diperkatakan Presiden Rusia, Vladimir Putin bahawa terdapat banyak warga Rusia dan warga dari Komanwel Negara-negara Merdeka (CIS) di Syria.

Oleh itu, kewujudan pangkalan tentera udara Rusia di Syria amat diperlukan dan isu tersebut sangat penting.

Ketika berbicara tentang kerjasama Rusia dengan AS dalam isu Syria, Shoigu berkata, kedua-dua pihak mempunyai banyak pandangan yang berbeza dalam beberapa perkara, antaranya termasuklah piawaian bagi membezakan pengganas daripada puak pembangkang dan pemilihan sasaran serangan udara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China