Cari:
Terlepas Emas, Dapat Berlian
2016-08-16 11:29:59 CRI Cetak

Penerjun China, He Zi gagal membawa pulang pingat emas dalam Sukan Olimpik 2016 apabila tewas kepada rakan senegaranya, Shi Tingmao pada saingan akhir terjun 3 meter papan anjal individu wanita.

Namun, penerjun yang berusia 25 tahun itu tetap membawa pulang hadiah yang jauh lebih bernilai daripada emas, apabila dia dilamar kekasihnya, Qin Kai, yang juga penerjun China, ketika menaiki podium untuk menerima pingat.

Sebentuk cincin berlian kelihatan jauh lebih berkilau berbanding dengan emas yang terlepas daripada genggaman, malah kisah romantik pasangan kekasih itu turut disaksikan ribuan peminat di Pusat Akuatik Maria Lenk serta jutaan penonton di seluruh dunia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China