Timbalan jurucakap kepada Setiausaha Agung PBB, Farhan Haq semalam memaklumkan bahawa Tabung Pusat Tindak Balas Kecemasan PBB (CERF)
telah menghulurkan bantuan kemanusiaan bernilai USD50 juta (RM199 juta) kepada 6 buah negara, antaranya termasuklah Republik Afrika Tengah, Republik Demokratik Kongo dan Yemen.
Menurut Farhan, kira-kira 2 juta orang akan mendapat bantuan manfaat dana tersebut.
Sejumlah USD35 juta telah diagihkan kepada Republik Afrika Tengah yang terjejas akibat peperangan dan pergolakan, kekurangan makanan dan wabak penyakit, manakala penduduk di Chad, Republik Demokratik Kongo dan Rwanda akan mendapat bantuan makanan, air minum bersih, perkhidmatan perubatan dan kediaman sementara.
Selain itu, Yemen dan Eritrea pula masing-masing menerima bantuan sebanyak USD13 juta dan USD2 juta daripada dana tersebut.