Cari:
Dilma Rousseff Kemuka Permohonan Tolak Dakwaan
2016-08-17 11:50:43 CRI Cetak

Dilma Rousseff, yang sudah digantung jawatannya sebagai Presiden Brazil semalam mengemukakan surat terbuka kepada rakyat dan Senat, menyeru Senat agar menolak kes dakwaan terhadap beliau dalam sidang peringkat akhir.

Rousseff dalam surat tersebut mengaku telah melakukan "kesilapan yang besar" dalam tempoh perkhidmatan sebagai Presiden dan bersedia untuk menerima kritikan keras.

Namun, kerajaannya tidak menyalagunakan kuasa dalam urusan kewangan, selain yakin dirinya "tidak berdosa" kerana tidak terlibat dengan sebarang "salah laku".

Rousseff digantung jawatannya selepas kes dakwaan terhadap beliau diluluskan dalam sidang Senat pusingan pertama pada 12 Mei tahun ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China