Cari:
Mantan Presiden FIFA Meninggal Dunia
2016-08-17 10:21:55 CRI Cetak

Mantan Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Joao Havelange, individu yang bertanggungjawab membawa masuk bola sepak dalam Sukan Olimpik telah meninggal dunia pada usia 100 tahun, semalam.

Berita tersebut dilaporkan oleh media Brazil dan disahkan oleh jurucakap Hospital Samaritano, Andresa Feijo di mana hospital tersebut merupakan tempat Havelange menerima rawatan bagi penyakit pneumonia pada bulan lalu.

Antara jawatan yang pernah disandang oleh mendiang termasuklah Presiden Konfederasi Bola Sepak Brazil dari 1956 hingga 1974, selain menduduki kerusi No. 1 dalam badan induk bola sepak dunia dari 1974 hingga 1998.

Havelange adalah antara individu yang bertanggungjawab membida Brazil sebagai tuan rumah Piala Dunia 2014 serta Sukan Olimpik 2016.

Havelange telah melakukan transformasi dalam bola sepak secara global bagaimanapun legasinya tercemar selepas menghadapi tuduhan rasuah yang serius dan beliau meletakkan jawatan sebagai presiden badan induk dunia itu pada 2013 setelah terdapat laporan beliau menerima suapan.

--Utusan

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China