Cari:
DPRK Sediakan "Pedang Nuklear" Hadapi Ancaman AS
2016-08-18 14:22:54 CRI Cetak

Jurucakap Kementerian Luar Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) semalam mengutuk "tindakan ketenteraan luar biasa" yang dilakukan oleh Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini, dan menegaskan bahawa pihaknya akan terus "menajamkan pedang nuklear" untuk menghadapi ancaman nuklear AS.

Jurucakap itu berkata, setelah membuat keputusan untuk menempatkan sistem Pertahanan Kawasan Terminal Altitud Tinggi (THAAD) di Korea Selatan, AS terus menempatkan beberapa pesawat pengebom B-1B dan B-2A di Pangkalan Tentera Udara Andersen Guam.

Tindakan AS tersebut sekali lagi membuktikan rancangan serangan terhadap DPRK telah mula dilaksanakan, di samping merupakan sebahagian strategi untuk menyekat Rusia dan China,serta memperkukuh hegemoni ketenteraannya di rantau Asia Pasifik.

Jurucakap tersebut menegaskan bahawa DPRK akan terus menajamkan "pedang nuklear" demi kedaulatan dan keselamatan negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China