Cari:
Penduduk Korea Selatan Bantah THAAD
2016-08-18 14:28:19 CRI Cetak

Pegawai Kementerian Pertahanan Korea Selatan, Han Min-koo semalam telah melawat ke Seongju-gun Gyeongsangbukdo, tempat untuk menempatkan sistem Pertahanan Kawasan Terminal Altitud Tinggi (THAAD) di negara itu, yang mana telah mendapat bantahan daripada penduduk tempatan.

Rundingan antara Han Min-koo dengan penduduk tempatan bagi membincangkan isu THAAD juga menemui jalan buntu.

Menurut laporan media tempatan, Han Min-koo telah mengadakan perjumpaan tertutup dengan wakil penduduk Seongju-gun pada petang semalam.

Han Min-koo telah memohon maaf, di samping menegaskan sekali lagi keperluan penempatan THAAD dan faktor-faktor pemilihan Seongju-gun serta menyeru penduduk tempatan agar memahami keputusan kerajaan.

Namun, wakil Jawatankuasa Menentang Penempatan THAAD Seongju-gun pula mengkritik keputusan tergesa-gesa kerajaan, dan meminta kerajaan mendedahkan data-data penilaian lokasi penempatan THAAD secara terperinci.

Selain itu, mereka juga meminta kerajaan membatalkan keputusan untuk menempatkan THAAD.

Pada waktu yang sama, beratus-ratus penduduk tempatan terus melakukan tunjuk perasaan di luar bilik mesyuarat tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China