Cari:
Leung Chun-ying: "Satu Negara Dua Sistem" Pilihan Tepat bagi Hong Kong
2016-08-18 14:46:00 CRI Cetak

 

Dasar "Satu Negara Dua Sistem", "warga Hong Kong mentadbir Hong Kong" dan "autonomi pada tahap tinggi" merupakan dasar yang paling tepat dan memberikan manfaat kepada Hong Kong.

Demikian dinyatakan Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong, China, Leung Chun-ying semalam.

Menurut beliau, semenjak Hong Kong kembali ke tanah air China, dengan sokongan negara dan usaha bersama warga Hong Kong, Hong Kong telah melaksanakan dasar "Satu Negara Dua Sistem" dan mengambil pelbagai peluang sehingga masyarakat dan ekonomi dapat berkembang dengan stabil, taraf hidup rakyat turut ditingkatkan.

Tegas Leung, kestabilan dan kemajuan negara merupakan prasyarat bagi pembangunan dan kemakmuran Hong Kong, di samping menyediakan platform yang besar demi masa depan generasi muda Hong Kong.

Setiap penduduk Hong Kong sepatutnya memelihara kedaulatan, keutuhan wilayah dan keselamatan negara demi kepentingan negara dan diri mereka sendiri.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China