Cari:
Xi Jinping: Pembinaan B&R demi Kemakmuran Rakyat
2016-08-18 15:01:22 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping, dalam mesyuarat perbincangan pembinaan "Jalur dan Laluan" (B&R) semalam menegaskan, pengalaman dan keyakinan meneroka model kerjasama baharu perlu dikumpulkan bagi mewujudkan Laluan Sutera yang mesra alam, sihat, cemerlang dan damai sehingga membawa faedah kepada rakyat pelbagai negara yang terlibat.

Xi Jinping berkata, kini lebih 100 buah negara dan pertubuhan antarabangsa telah melibatkan diri dalam pembinaan B&R.

China telah menandatangani perjanjian kerjasama B&R dengan lebih 30 buah negara dan menjalankan kerjasama kapasiti pengeluaran dengan lebih 20 buah negara.

Selain itu, pelbagai pertubuhan antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) juga menunjukkan sikap positif terhadap inisiatif tersebut.

Kerjasama kewangan dengan Bank Pelaburan Infrastruktur Asia (AIIB) dan Tabung Laluan Sutera juga kian diintensifkan.

Beberapa program yang berpengaruh besar mula dilaksanakan secara berperingkat-peringkat.

Tambah Xi, pembinaan B&R perlu dijadikan sebagai peluang keemasan untuk melaksanakan kesalinghubungan, meningkatkan tahap kerjasama perdagangan dan pelaburan, mendorong kerjasama kapasiti pengeluaran dan pembuatan kelengkapan antarabangsa.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China