Cari:
Pembinaan B&R Capai Kemajuan Menggalakkan
2016-08-18 12:24:42 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping yang menghadiri simposium mengenai inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) di Beijing semalam, menyeru supaya langkah-langkah proaktif diambil untuk memajukan pembinaan B&R secara berperingkat-peringkat demi manfaat rakyat sepanjang jalan sutera.

Beliau menegaskan bahawa inisiatif B&R patut membantu meningkatkan penyelarasan dasar, kesalinghubungan prasarana, kelancaran perdagangan, penyepaduan kewangan dan kesatuan hati rakyat, dengan memfokuskan pembentukan rangkaian kerjasama yang saling menguntungkan sekali gus membangunkan laluan sutera yang hijau, sihat, gemilang dan damai.

B&R yang merentasi Eurasia, meliputi populasi kira-kira 4.4 bilion orang, mewakili 63% keseluruhan populasi dunia, manakala agregat ekonominya mencatat kira-kira USD 23 trilion, menduduki 29% agregat ekonomi global. B&R dianggap mencerminkan hasrat kuat China untuk berkongsi keuntungan daripada pembangunannya dengan dunia, khususnya negara-negara di benua Eurasia.

Xi menyatakan bahawa setakat ini, terdapat lebih seratus buah negara dan pertubuhan antarabangsa menyertai pembinaan B&R. China telah memeterai perjanjian kerjasama berhubung B&R dengan lebih 30 negara di sepanjang jalan sutera, selain menjalin kerjasama kapasiti pengeluaran dengan lebih 20 buah negara. Dalam pada itu, pertubuhan antarabangsa termasuk PBB juga menunjukkan sikap yang positif terhadap usaha murni ini.

Sementara itu, kerjasama kewangan dalam rangka B&R, termasuk projek-projek yang diusahakan oleh Bank Pelaburan Infrastruktur Asia (AIIB) dan Tabung Laluan Sutera (SRF) ditingkatkan secara berterusan. Kesemua ini membuktikan pembinaan B&R telah mencapai kemajuan yang melebihi jangkaan.

Tambah Xi lagi, B&R boleh dilihat sebagai peluang untuk menggalakkan kesalinghubungan rentas sempadan, menaiktarafkan kerjasama perdagangan dan pelaburan serta memperkasakan kerjasama kapasiti pengeluaran dan pembuatan kelengkapan antarabangsa demi menyeimbangkan semula ekonomi dunia.

Beliau turut menekankan pentingnya menjana inovasi kewangan dan sinergi semua serta membentuk sistem jaminan kewangan yang cekap, stabil dan risikonya terkawal dalam menjayakan inisiatif tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China