Cari:
Wang Yi Bakal Hadiri Sidang Menteri Luar China, Jepun dan Korea Selatan
2016-08-19 14:44:36 CRI Cetak
 Menteri Luar China, Wang Yi akan menghadiri Sidang Menteri Luar China, Jepun dan Korea Selatan yang akan diadakan di Jepun.

Jurucakap Kementerian Luar China, Lu Kang ketika menjawab soalan wartawan berkata, Jepun telah dipilih sebagai negara penyelaras kerjasama China, Jepun dan Korea Selatan bagi tahun ini. Oleh itu, ketiga-tiga pihak akan mengadakan siri mesyuarat berkenaan di Jepun.

Baru-baru ini, Jepun telah beberapa kali mengundang Menteri Luar China dan Korea Selatan melawat ke Jepun untuk membincangkan kerjasama antara ketiga-tiga pihak.

Kini, ketiga-tiga negara berkenaan sedang memperincikan jadual.

Lu Kang menjelaskan, sidang tersebut merupakan mesyuarat pelbagai pihak yang tetap, ia tiada kaitan dengan lawatan dua hala.

Mengenai hubungan China-Jepun, Lu Kang berkata, pendirian China jelas dan konsisten, iaitu mendesak Jepun melaksanakan dasar yang positif terhadap China berdasarkan semangat empat dokumen politik dan empat prinsip yang telah disepakati, menangani isu sensitif dengan baik dan berusaha untuk membaiki hubungan kedua-dua negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China