Cari:
Mesyuarat CPPCC mengenai Projek Mega Sains Diadakan di Beijing
2016-08-19 14:48:49 CRI Cetak

Mesyuarat dwimingguan ke-54 Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) yang bertemakan "kerjasama antarabangsa dalam sains dan teknologi serta projek-projek mega dalam bidang sains" diadakan di Beijing petang semalam.

Dewan Negara China mengeluarkan Rancangan Inovasi Sains dan Teknologi Negara dalam tempoh Rancangan Lima Tahun ke-13 bagi menyediakan rancangan strategik dalam usaha untuk melaksanakan projek-projek utama antarabangsa dalam bidang sains.

Sejak beberapa tahun lalu, China telah mengambil bahagian dalam beberapa projek mega sains dan membangunkan kumpulan penyelidik sains dan teknologi yang bertaraf tinggi.

Dalam pada itu, China masih kekurangan pengalaman dalam bidang berkenaan, di samping menghadapi masalah dalam perancangan jangka masa panjang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China