Cari:
China-AS Bekerjasama untuk Jayakan Sidang Kemuncak G20
2016-08-21 14:54:06 CRI Cetak

Duta Besar China ke Ameriks Syarikat (AS), Cui Tiankai menyatakan bahawa China dan AS pernah menjalankan banyak usaha penyelarasan dan kerjasama dalam mekaniesme Kumpulan 20 (G20). Dunia berharap China dan AS terus memainkan peranan peneraju dan bersifat membina untuk menjayakan Sidang Kemuncak G20 yang bakal diadakan di Hangzhou China bulan depan.

Ketika diwawancara oleh media di Washington semalam, Cui Tiankai menyatakan bahawa pertemuan Presiden China, Xi Jinping dengan Presiden AS, Barack Obama dalam tempoh sidang tersebut menarik perhatian masyarakat antarabangsa. Sehubungan itu, China berharap pertemuan itu dapat menambah kepercayaan strategik antara kedua-dua pihak.

Serentak itu, beliau menyatakan bahawa China dan AS sentiasa memelihara komunikasi dalam isu Laut China Selatan, tetapi beliau menegaskan bahawa isu itu bukan dan juga sepatutnya tidak harus menjadi masalah antara China dengan AS.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China