Cari:
Pengebom Majlis Perkahwinan di Turki Berusia 12 Hingga 14
2016-08-22 13:32:24 CRI Cetak

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan semalam mendakwa, seorang pengebom berani mati remaja bertanggungjawab terhadap serangan bom pada satu majlis perkahwinan di bandar Gaziantep, malam Sabtu lalu.

Erdogan, dalam sidang media di Istanbul Ahad lalu berkata, letupan itu dilakukan oleh seorang pengebom berani mati yang berusia antara 12 hingga 14 tahun, yang sama ada meletupkan sendiri bom itu atau bom tersebut diletupkan oleh pihak lain.

Beliau juga mengulangi kenyataannya bahawa maklumat awal mengesyaki serangan itu didalangi oleh kumpulan militan Daesh.

Terdahulu, kegembiraan pasangan pengantin meraikan hari bahagia bertukar tragedi apabila 51 orang maut dalam serangan bom lewat Sabtu malam lalu di majlis perkahwinan mereka.

Letupan yang berlaku secara tiba-tiba itu menyebabkan banyak tetamu mengalami kecederaan.

Kira-kira 69 mangsa telah dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China