Cari:
Mesyuarat Menteri Luar China, Jepun dan Korea Selatan pada 24 Ogos
2016-08-22 17:02:32 CRI Cetak

Menteri Luar China, Wang Yi akan menghadiri Mesyuarat Menteri Luar China, Jepun dan Korea Selatan ke-8 yang dijadualkan pada 24 Ogos di Tokyo.

Jurucakap Kementerian Luar China, Lu Kang hari ini berkata, menteri luar dari ketiga-tiga negara tersebut akan mengimbas kembali kemajuan kerjasama yang telah dicapai, di samping bertukar-tukar pendapat tentang hala tuju kerjasama serta isu serantau dan antarabangsa yang perlu diberikan perhatian bersama.

Melalui mesyuarat ini, ketiga-tiga negara diharap dapat mengekalkan momentum kerjasama dan menggalakkan proses integrasi Asia Timur untuk merealisasikan matlamat mewujudkan Komuniti Ekonomi Asia Timur menjelang 2020.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China