Cari:
Rundingan Damai Kerajaan Filipina dan NPA Disambung Semula
2016-08-22 14:36:02 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Rundingan damai antara pihak kerajaan Filipina dan Tentera Rakyat Baharu (NPA) diadakan di Oslo, Norway pada 22 hingga 26 Ogos ini. Hal ini merupakan langkah percubaan yang penting bagi kerajaan Filipina untuk menggalakkan proses perdamaian negaranya.

Jesus Dureza, Penasihat Presiden Filipina Mengenai Proses Damai mengetuai delegasi kerajaan untuk menyertai rundingan kali ini. Ketika diwawancara oleh media sebelum rundingan ini, Dureza mendedahkan bahawa pemimpin-pemimpin utama NPA akan menghadiri rundingan damai. Memandangkan NPA meruapkan kumpulan pemberontak di bawah pimpinan Parti Komunis Filipina, Duterte telah membebaskan pemimpin tertinggi parti itu, Benito Tiamzon dan isterinya, Wilma Tiamzon yang menyandang jawatan setiausaha agung parti supaya mereka menghadiri rundingan kali ini.

Sebelum berangkat ke Oslo, delegasi rundingan damai NPA mengadakan pertemuan dengan pengasas Parti Komunis Filipina, Jose Maria Sison yang kini dalam buangan di Belanda di bandar Utrecht.

Kerajaan Filipina turut mengambil pelbagai tindakan untuk menyambung semula rundingan damai selain membebaskan banduan politik berkenaan. Pada 25 Julai lalu, Duterte ketika mengeluarkan perutusan negara telah mengumumkan akan mengadakan gencatan senjata secara sepihak terhadap NPA. Beliau berharap langkah ini dapat mengundang reaksi positif daripada NPA. Meskipun NPA memuji usaha-usaha yang dibuat oleh Duterte, namun kumpulan pemberontak tersebut tidak menghentikan kegiatan mereka, sebaliknya mengumumkan akan mengambil langkah pertahanan yang positif. Hal ini menimbulkan ketidakpuasan Duterte, maka beliau membatalkan pelaksanaan gencatan senjata secara sepihak sebelum 30 Julai lalu. Namun pada 21 Ogos lalu, Duterte sekali lagi mengumumkan pelaksanaan gencatan senjata agar rundingan damai dapat diadakan dalam suasana yang muhibah.

Kerajaan Filipina berpendapat bahawa, gencatan senjata boleh dilaksanakan tanpa batas waktu jika dapat mewujudkan kedamaian yang menyeluruh dan berkekalan di negaranya.

Selain itu, sebelum rundingan damai dengan NPA, kerajaan Filipina telah mengadakan rundingan damai dengan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) melalui pengantaraan Malaysia. Hal ini turut memperlihatkan keikhlasan dan ketekadan kerajaan Filipina untuk merealisasikan ketenteraman negara.

Dutertte amat berharap agar perang saudara dapat ditamatkan dalam tempoh perkhidmatan beliau. Oleh demikian, beliau sentiasa bersikap positif untuk menggalakkan penyambungan semula rundingan damai antara pihak kerajaan dan kumpulan pemberontak berkenaan. Beliau juga berharap isu-isu berkenaan dapat diselesaikan secara menyeluruh melalui pindaan perlembagaan.

Duterte berpendapat, pemusatan kuasa yang keterlaluan kerajaan penggal lalu mengakibatkan pembangunan yang tidak seimbang di Filipina, dan hal ini merupakan punca utama yang mencetuskan perang saudara. Oleh sebab itu, beliau akan melaksanakan pengagihan kuasa daripada persekutuan kepada wilayah untuk membolehkan kerajaan tempatan mempunyai kuasa pentadbiran autonomi bagi menyelesaikan isu masing-masing.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China