Cari:
Latihan Ketenteraan UFG Undang Bahaya
2016-08-23 13:51:45 CRI Cetak

Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) mengutuk sekeras-kerasnya latihan ketenteraan besar-besaran antara Korea Selatan dengan Amerika Syarikat (AS), yang disifatkan membawa Semenanjung Korea ke kancah perang nuklear yang boleh tercetus pada bila-bila masa.

Menurut kenyataan jurucakap Kementerian Luar DPRK semalam, latihan bersama "Ulchi-Freedom Guardian (UFG)" yang dilancarkan tanpa menimbangkan amaran berkali-kali oleh Pyongyang itu merupakan provokasi ketenteraan yang amat serius, sekali gus memusnahkan kedamaian dan kestabilan rantau.

Tambah jurucakap itu, tindakan Pentagon mengerahkan pesawat pengebom ke Semenanjung Korea dan kawasan sekitarnya serta menempatkan sistem Pertahanan Kawasan Terminal Altitud Tinggi (THAAD) di Korea Selatan adalah jenayah yang tidak boleh diterima dan dibiarkan kerana kedua-dua langkah tersebut akan menyebabkan Semenanjung Korea lebih terdedah kepada risiko tercetusnya perang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China