Cari:
Masyarakat Antarabangsa Optimistik Prospek Ekonomi China
2016-08-23 13:14:55 CRI Cetak

Sentimen masyarakat antarabangsa terhadap ekonomi China mencerminkan keyakinan dunia terhadap prestasi dan potensi pembangunan ekonomi negara tersebut.

Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Lu Kang dalam sidang media semalam.

Baru-baru ini mantan Penolong Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS), Charles Collyns dalam temu bual dengan wartawan berkata, kerajaan China tidak pernah memanipulasi nilai mata wang RMB dan ekonomi China bakal menyaksikan pertumbuhan yang kukuh dalam tempoh 10 hingga 20 tahun akan datang.

Menyentuh kenyataan Collyns itu, Lu berkata, penilaian objektif tersebut jelas menunjukkan bahawa ekonomi China cukup meyakinkan.

Ekonomi negara ini mencapai pertumbuhan yang stabil pada setengah pertama tahun ini.

Pembaharuan merupakan penggerak utama bagi pembangunan ekonomi China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China