Cari:
Pilihan Raya Presiden Mungkin Rencat Ekonomi AS
2016-08-23 15:12:52 CRI Cetak

Faktor ketidaktentuan yang disebabkan oleh pilihan raya Presiden Amerika Syarikat (AS) 2016 mungkin merencatkan pertumbuhan ekonomi negara itu.

Demikian pandangan 62 peratus pakar ekonomi yang menyertai kaji selidik Persatuan Ekonomi Perniagaan Nasional (NABE) AS baru-baru ini.

Selain itu, 35 peratus responden berpendapat bahawa pilihan raya tersebut tidak akan memberi kesan negatif kepada ekonomi AS.

Statistik peringat awal yang dikemukakan oleh Jabatan Perdagangan AS baru-baru ini menunjukkan bahawa pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) AS pada suku kedua tahun ini hanya mencatat 1.2 peratus.

Angka tersebut jauh lebih rendah daripada unjuran sebelum ini.

Dalam pada itu, pelaburan syarikat-syarikat AS turut mengalami kemerosotan selama tiga suku berturut-turut.

 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China