Cari:
Lawatan Aung San Suu Kyi ke China Menjadi Fokus Media Myanmar
2016-08-23 15:12:15 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Lawatan rasmi Penasihat Negara Myanmar, Aung San Suu Kyi ke China pada 17 hingga 21 Ogos lalu telah menarik perhatian masyarakat di Myanmar. Pelbagai media arus perdana negara itu memperhatikan agenda lawatan Aung San Suu Kyi di China dan membuat liputan yang positif berhubung lawatan yang dianggap membuka lembaran baharu kepada perkembangan hubungan China dan Myanmar.

Sebelum Aung San Suu Kyi berangkat ke China, beberapa media Myanmar telah memfokuskan kepada lawatan kali ini dan masing-masing menerbitkan artikel untuk menganalisis punca Aung San Suu Kyi memilih China sebagai negara pertama yang dilawatinya selain negara ASEAN.

Akhbar The Voice Myanmar dalam artikel yang diterbitkan pada 17 Ogos lalu menyatakan bahawa peristiwa yang paling menarik perhatian masyarakat Myanmar pada masa ini adalah lawatan Aung San Suu Kyi ke China, kerana hal ini amat signifikan bagi proses perdamaian di Myanmar.

Artikel yang bertajuk "Pegawai Myanmar: Lawatan Aung San Suu Kyi ke China akan Galakkan Perkembangan Hubungan Myanmar-China" yang diterbitkan dalam akhbar Standard Time News Manymar pada 17 Ogos lalu memetik perkataan Win Htein, Setiausaha Sekretariat Parti Liga Demokratik Kebangsaan (NLD) sebagai berkata, menjalinkan dan mengembangkan hubungan muhibah dengan negara-negara jiran merupakan dasar luar yang diamalkan oleh Penasihat Negara Myanmar. Sebelum lawatan Aung San Suu Kyi ke China, delegasi Parti Komunis China (PKC) telah membuat lawatan ke Myanmar. Lawatan tersebut turut memberi manfaat kepada perkembangan hubungan kedua-dua negara dan kedua-dua parti. Hubungan Myanmar-China diyakini akan dipererat melalui lawatan Suu Kyi ke Beijing.

Pada 18 Ogos lalu, akhbar 7 Day Daily Myanmar menerbitkan artikel yang bertajuk "Lawatan yang Bakal Menjadi Lembaran Baharu dalam Sejarah" menyatakan bahawa banyak penganalisis antarabangsa menganggap Aung San Suu Kyi merupakan ahli politik yang amat pragmatik. Beliau akan memberi fokus kepada hal-ehwal perkembangan hubungan Myanmar-China serta proses perdamaian di Myanmar dalam lawatannya ke China kali ini. Seperti yang dikatakan oleh Aung San Suu Kyi, hubungan Myanmar dengan negara-negara jiran diberi keutamaan pada ketika ini.

Akhbar Democracy Today Myanmar menerbitkan artikel berhubung wawancara khas dengan penganalisis politik Myanmar, Aung Kyaw. Menurut Aung Kyaw, Aung San Suu Kyi memilih China sebagai negara pertama yang dilawatinya selain negara ASEAN kerana hubungan antara Myanmar dan China mempunyai sejarah yang sudah wujud sekian lama. Pada masa yang sama, China juga memainkan peranan utama untuk menggalakkan proses perdaiaman di Myanmar.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China