Cari:
Wang Yi Bertemu dengan Menteri Luar Korea Selatan
2016-08-24 17:30:06 CRI Cetak

Menteri Luar China, Wang Yi mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Korea Selatan, Yun Byung-se yang menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Luar China, Jepun dan Korea Selatan di Tokyo hari ini.

Dalam pertemuan itu, Wang berkata, hubungan China-Korea Selatan telah mencapai perkembangan yang pesat dan menyeluruh sejak terjalinnya hubungan diplomatik pada 24 tahun lalu.

Hubungan dua hala tersebut selaras dengan kepentingan rakyat kedua-dua negara dan berperanan penting dalam memelihara kestabilan serantau.

Menurut beliau, hubungan China dan Korea Selatan sedang berdepan dengan kesulitan dan cabaran pada ketika ini.

China membantah sekeras-kerasnya penempatan sistem Pertahanan Kawasan Terminal Altitut Tinggi (THAAD) oleh Amerika Syarikat (AS) di Korea Selatan dan tidak akan menerima sebarang tindakan yang menjejaskan keselamatan strategik negara.

Korea Selatan diharap menitikberatkan hal tersebut dan bekerjasama dengan China bagi mencari jalan penyelesaian yang boleh diterima oleh kedua-dua pihak.

Tambah Menteri Luar China itu, Korea Selatan merupakan anggota penting dalam Kumpulan 20 (G20).

China mengalu-alukan kehadiran Presiden Korea Selatan, Park Geun-hye dalam Sidang Kemuncak G20 di Hangzhou dan bersedia untuk mengekalkan komunikasi dengan Korea Selatan.

Menteri Luar Korea Selatan, Yun Byung-se pula menyifatkan mesyuarat tersebut, yang diadakan menjelang Sidang Kemuncak G20, sebagai amat bermakna.

Pihaknya akan memberikan sokongan padu kepada penganjuran Sidang Kemuncak G20 di Hangzhou dan bekerjasama dengan China demi pertumbuhan ekonomi global.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China