Cari:
Perancis Digesa Siasat Serangan terhadap Perantau China
2016-08-24 14:48:38 CRI Cetak

Beijing sentiasa mengambil berat mengenai keselamatan warga China yang bermastautin di luar negara serta memastikan hak dan kepentingan sah mereka terjamin.

Demikian ditegaskan jurucakap Kementerian Luar China, Lu Kang dalam sidang media di Beijing semalam, berikutan tindakan komuniti Cina di Perancis berhimpun di luar dewan Aubervilliers bagi menggesa pihak berkuasa tempatan untuk meningkatkan tahap keselamatan awam.

Dilaporkan, beribu-ribu perantau China mengadakan tunjuk perasaan di Aubervilliers, Ahad lalu, selepas seorang lelaki China mati akibat diserang awal Ogos ini.

Lu Kang mendesak kerajaan Perancis supaya segera menjalankan siasatan terhadap insiden itu dan mengheret penjenayah sebenar ke muka pengadilan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China