Cari:
Mesyuarat Menteri Luar China, Jepun dan Korea Selatan ke-8 Bermula
2016-08-24 15:20:21 CRI Cetak

Mesyuarat Menteri-menteri Luar China, Jepun dan Korea Selatan ke-8 diadakan di Tokyo hari ini.

Ketika berucap dalam mesyuarat itu, Menteri Luar China, Wang Yi menyarankan ketiga-tiga negara meningkatkan lagi rasa saling mempercayai dalam politik, di samping memperkasakan kerjasama pragmatik dan merancakkan interaksi dalam kalangan rakyat.

Wang berkata, berbanding dengan rantau lain di dunia, rantau Asia Timur telah mengekalkan kestabilan pada keseluruhannya dan menyaksikan pertumbuhan ekonomi yang pesat.

Kerjasama antara China, Jepun dan Korea Selatan perlu memainkan peranan utama bagi mewujudkan Komuniti Ekonomi Asia Timur dan mendorong proses integrasi serantau.

Menteri Luar Jepun, Fumio Kishida dan Menteri Luar Korea Selatan, Yun Byung-se pula berkata, kerjasama antara ketiga-tiga negara tersebut amat signifikan dalam usaha memelihara kestabilan dan kemakmuran serantau.

Ketiga-tiga negara perlu terus memperkasakan kerjasama bagi membaiki hubungan dua hala.

Kerjasama tersebut disarankan dalam pelbagai bidang antaranya termasuklah penubuhan zon perdagangan bebas, usaha memerangi keganasan dan isu-isu antarabangsa.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China