Cari:
Jennifer Lawrence Kembali Jadi Artis Paling Kaya di Dunia
2016-08-24 15:30:50 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Bintang siri filem "Hunger Games" Jennifer Lawrence, Selasa waktu Amerika Syarikat (AS), kembali menjadi antara artis yang paling kaya di dunia untuk dua tahun secara berturut-turut oleh majalah Forbes AS dengan jumlah pendapatan sebanyak USD46 juta.

Bintang komedi AS, Melissa McCarthy, lakonan filem "Ghostbusters" menduduki tempat kedua dengan jumlah USD33 juta, iaitu meningkat 10 juta dolar Amerika berbanding dengan tahun 2015.

Scarlett Johansson, lakonan "Captain America: Civil War" berada pada tempat ketiga dengan pendapatan USD25 juta.

Seleberiti China, Fan Bingbing menduduki tempat kelima dalam ranking tersebut dengan jumlah pendapatannya USD17 juta.

Enam artis lainnya yang disenaraikan dalam ranking itu adalah:

4. Jennifer Aniston - USD21 juta

6. Charlize Theron - USD16.5 juta

7. Amy Adams - USD13.5 juta

8. Julia Roberts - USD12 juta

9. Mila Kunis - USD11 juta

10. Deepika Padukone - USD10 juta

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China