Cari:
China dan ASEAN Rancang Kerjasama Kapasiti Pengeluaran
2016-08-24 14:52:50 CRI Cetak

Ketua Eksekutif Majlis Perniagaan China-ASEAN, Xu Ningning menyatakan bahawa China dan ASEAN dijangka akan mengeluarkan Perisytiharan Bersama tentang Kerjasama Kapasiti Pengeluaran China-ASEAN untuk menggalakkan kerjasama kedua-dua pihak dalam bidang itu pada Sidang Kemuncak Memperingati Ulang Tahun ke-25 Terjalinnya Hubungan Dialog China-ASEAN yang bakal diadakan di Laos bulan depan.

Xu Ningning dalam sesi temubual dengan media baru-baru ini menyatakan bahawa perisytiharan bersama tersebut bukan sahaja penting bagi China untuk menggalakkan pembinaan inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) dan mengembangkan hubungan dengan negara jiran, tetapi juga penting bagi kerjasama serantau. China dan ASEAN diharap mengambil peluang pembinaan "Laluan Sutera Maritim Abad ke-21" untuk menjayakan kerja-kerja yang melibatkan penaiktarafan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN, di samping menyedari dengan sepenuhnya kerjasama merupakan pilihan realistik bagi menghadapi kemerosotan ekonomi dunia.

Menurut Xu, dokumen yang bakal ditandatangani pada bulan depan itu akan menggalakkan kerjasama industri kedua-dua pihak dan membawa faedah kepada pertumbuhan ekonomi di rantau ini. Kerjasama industri Chiona-ASEAN mempunyai makna yang penting, bukan sahaja dapat menyelesaikan masalah-masalah yang wujud sekarang, malah juga dapat menggalakkan kerjasama yang saling menguntungkan agar kerjasama China-ASEAN dapat dijalankan secara berterusan.

Xu Ningning menyatakan bahawa dalam tempoh 25 tahun sejak hubungan dialog terjalin, China dan ASEAN telah menjalankan kerjasama industri yang melibatkan banyak bidang. Sekarang kedua-dua pihak perlu berusaha meningkatkan kualiti dan efisiensi kerjasama itu, menyeleraskan dasar industri dan melaksanakan komunikasi dalam bidang rancangan industri, memperkasakan kerjasama ekonomi melalui kerjasama industri.

Xu Ningning berkata, syarikat China dengan ASEAN menghadapi masalah laluan perniagaan yang tunggal, maklumat perniagaan kurang banyak dan kefahaman antara pelbagai syarikat berkurangan. Demi menyelesaikan masalah seumpama itu, persatuan industri dan perniagaan perlu memainkan peranan dengan baik kerana persatuan industri dan perniagaan seumpama sebuah jambatan yang dapat menawarkan perkhidmatan kepada syarikat anggotanya. Serentak itu, persatuan industri dan perniagaan mengetahui lebih banyak tentang dasar berkenaan, perubahan pasaran domestik dan rancangan pembangunan industri negara sendiri. Dalam kerjasama industri China-ASEAN, persatuan industri dan perniagaan boleh juga menjalankan kerja persiapan bagi kerjasama antara kerajaan.

Menurut Xu Ningning, ASEAN memberikan perhatian kepada kerjasama dan pembangunan syarikat sederhana dan kecil, bahkan menjadikannya sebagai antara langkah utama dalam pembangunan Komuniti Ekonomi ASEAN. Maka, China dan ASEAN perlu menjelaskan sasaran kerjasama agar kerjasama antara syarikat sederhana dan kecil digabungkan dengan kerjasama industri kedua-dua pihak.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China