Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe mengadakan pertemuan dengan menteri-menteri luar yang menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Luar China, Jepun dan Korea Selatan ke-8 di Tokyo semalam.
Menurut Abe, ekonomi ketiga-tiga negara tersebut mewakili satu perlima daripada jumlah keseluruhan ekonomi dunia.
Oleh itu, China, Jepun dan Korea Selatan berkewajipan untuk memelihara keamanan dan kestabilan serantau. Kerjasama antara ketiga-tiga pihak juga amat penting.
Abe berharap agar ketiga-tiga negara tersebut dapat melaksanakan hasil mesyuarat kali ini, di samping meningkatkan sinergi bagi menjayakan sidang kemuncak nanti bagi membaiki hubungan bilateral dan menggalakkan pembangunan serantau.
Menteri Luar China, Wang Yi pula berkata, walaupun mesyuarat tersebut diadakan tatkala China, Jepun dan Korea Selatan menghadapi kesukaran dalam perkembangan hubungan, namun momentum dan hala tuju kerjasama antara ketiga-tiga negara masih dikekalkan.