Cari:
Sidang G20 Buka Peluang Kerjasama Baharu kepada China dan Indonesia
2016-08-25 15:48:50 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Sidang Kemuncak ke-11 Kumpulan 20 (G20) bakal diadakan di bandar Hangzhou, provinsi Zhejiang China pada bulan September. Berhubung dengan Sidang Kemuncak G20 kali ini, beberapa sarjana dari Indonesia yang menerima wawancara khas Agensi Berita Xinhua baru-baru ini masing-masing berharap China yang diiktiraf sebagai penstabil dan enjin dapat membantu Indonesia mewujudkan pertumbuhan ekonomi dalam keadaan ekonomi global merosot pada ketika ini.

Bambang Suryono, Ketua Yayasan ASEAN Nanyang Indonesia berpendapat, Sidang Kemuncak G20 mengemukakan cadangan untuk membina ekonomi dunia yang bersifat inovatif. Hal ini selaras dengan keperluan pertumbuhan ekonomi dunia pada ketika ini. Kini, setiap negara di dunia berdepan dengan tanggungjawab dan tekanan untuk melaksanakan transformasi ekonomi, maka Sidang Kemuncak G20 sepatutnya memperkasakan koordinator dan kerjasama untuk menggalakkan inovasi, sekali gus bersama-sama membantu ekonomi dunia keluar dari kebuntuan pada ketika ini.

Tony Prasentiantono, ahli penyelidik kanan Pusat Penyelidikan Dasar Ekonomi dan Awam Universiti Gadjah Mada berkata, agenda dalam Sidang Kemuncak G20 di Hangzhou kali ini sama seperti dasar yang diamalkan oleh kerajaan Indonesia, iaitu menyeru agar mewujudkan pertumbuhan ekonomi yang lebih inklusif di samping membina ekonomi yang lebih terbuka. Beliau turut berasa optimistik tentang kerjasama antara China dan Indonesia dalam sektor kapasiti pengeluaran dan infrastruktur.

Ketika menyebut peranan China untuk menyempurnakan tadbir urus ekonomi dan kewangan global, Bambang Suryono berkata, kebangkitan negara-negara pasaran baru muncul yang diwakili oleh China sedang mempengaruhi dan mengubah order kewangan sejagat dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini. China berusaha menggunakan platform Sidang Kemuncak G20 untuk menggalakkan pembentukkan order ekonomi antarabangsa yang baharu yang dapat mewakili kepentingan dan tuntutan negara-negara pasaran baru muncul.

Memandangkan pemulihan ekonomi dunia yang lambat pada ketika ini, China dianggap memainkan peranan penggerak dan penyokong untuk menstabilkan pertumbuhan ekonomi global. Sarjana Indonesia berpendapat, Indoensia harus mengambil peluang Sidang Kemuncak G20 untuk mengintensifkan kerjasama bilateral dengan China.

Ibrahim Yusuf, Presiden Majils Hal-Ehwal Dunia Indonesia menyatakan bahawa China telah meningkatkan pelaburan terhadap Indoneisa pada tahun-tahun kebelakangan ini. Hal ini turut memberi manfaat kepada Indonesia yang kemudahan infrastruktur dan tahap perindustrian masih jauh ketinggalan. Beliau yakin prospek hubungan antara Indonesia dan China akan menjadi lebih cerah pada masa depan berikutan kerjasama bilateral yang dijalankan atas inisiatif "Jalur & Laluan" (B&R) dan strategi paksi maritim dunia Indonesia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China