Cari:
Nelayan Jumpa Mutiara Paling Besar di Dunia
2016-08-25 16:29:06 CRI Cetak

Siapa sangka sebutir mutiara yang dianggap tidak lebih daripada pembawa tuah oleh seorang nelayan miskin sebenarnya bukan sahaja terbesar di dunia, malah nilainya juga mencecah lebih USD100 juta (RM402 juta).

Malangnya, nelayan tersebut yang berasal dari Kepulauan Pa­lawan, Filipina tidak menyedari tuah mutiara gergasi itu sebaliknya hanya meletakkannya di bawah bantal selama lebih 10 tahun.

Daily Mail melaporkan, nilai mutiara tersebut hanya diketahui selepas nelayan yang tidak dikenali itu membawa objek terbabit kepada kepada pihak berkuasa untuk diperiksa, baru-baru ini.

Dengan berat 34 kilogram, mutiara itu dianggap paling besar yang pernah ditemui oleh manusia setakat ini.

Menariknya, permata jenis sama pernah direkod sebelum ini iaitu Mutiara Lao Tze de­ngan berat 6.4 kilogram dan bernilai USD35 juta (RM141 juta) turut dijumpai di perairan Pa­lawan pada tahun 1939 oleh seorang penyelam Amerika Syarikat.

(sumber: Utusan Online Malaysia)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China