Cari:
China Bakal Masuk "Musim Diplomatik Pelbagai Hala"
2016-08-26 15:06:28 CRI Cetak

China bakal memasuki "musim diplomatik pelbagai hala" yang sibuk mulai bulan depan.

Demikian dinyatakan Menteri Luar China, Wang Yi ketika bersama-sama dengan rakan sejawatnya dari Albania, Ditmir Bushati, mengadakan sidang media di Beijing semalam.

Wang berkata, China akan menganjurkan Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20) dan menyertai beberapa aktiviti pelbagai hala di peringkat rantau dan global.

China akan terus memainkan peranan yang positif dan konstruktif dalam mekanisme kerjasama tersebut, dan menyumbang demi memperkasakan kerjasama serantau dan membaiki proses tadbir urus global.

Tambah Wang, dengan sokongan pelbagai pihak, kerja-kerja persiapan Sidang Kemuncak G20 sedang berjalan dengan lancar.

Pihaknya yakin sidang kemuncak ini akan memberikan sumbangan penting yang baharu bagi mendorong pertumbuhan ekonomi dunia dan membaiki tadbir urus ekonomi global.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China