Cari:
PBB Kutuk Serangan terhadap Universiti di Kabul
2016-08-26 15:33:57 CRI Cetak

Majlis Keselamatan PBB (UNSC) mengutuk sekeras-kerasnya kejadian letupan dan tembakan di Universiti Amerika Afghanistan (AUAF) di Kabul, selain menggesa pihak berkuasa tempatan agar segera mengheret penjenayah ke muka pengadilan.

UNSC dalam kenyataan semalam berkata, semua negara perlu melaksanakan kewajipan berlandaskan Piagam PBB dalam usaha memerangi keganasan dan mengambil pelbagai langkah bagi menyekat penyaluran dana kepada kumpulan militan tersebut.

Serangan yang dilancarkan oleh anggota militan di luar kawasan kampus AUAF pada 24 Ogos lalu, telah menyebabkan 15 orang terbunuh, manakala 45 lagi cedera.

Hingga kini masih belum ada sebarang kumpulan yang mengaku bertanggungjawab terhadap serangan tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China