Cari:
Rusia Gesa Elak Rumitkan Situasi Semenanjung Korea
2016-08-26 14:42:11 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Rusia menggesa pihak-pihak terlibat agar bertenang dan mengelakkan tindakan yang merumitkan lagi situasi di Semenanjung Korea.

Gesaan itu dibuat melalui jurucakap Kementerian Luar Rusia, Maria Zakharova, selepas Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) melancarkan ujian peluru berpandu balistik dari kapal selam semalam.

Jurucakap itu mendesak DPRK supaya mematuhi resolusi Majlis Keselamatan PBB (UNSC).

Tambah beliau, penempatan sistem Pertahanan Kawasan Terminal Altitut Tinggi (THAAD) oleh Amerika Syarikat (AS) di Korea Selatan merupakan faktor yang meruncingkan situasi di semenanjung berkenaan.

Tindakan tersebut jelas melampaui usaha-usaha untuk menghadapi ancaman nuklear dan peluru berpandu DPRK.

Tindakan AS mempercepat penempatan sistem antipeluru berpandu di Asia Pasifik pasti akan menjejaskan keseimbangan strategik serantau yang sedia wujud.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China