Cari:
Rancangan Pencegahan Rasuah G20 Bakal Dikeluarkan di Hangzhou
2016-08-26 14:02:12 CRI Cetak

Kumpulan 20 (G20) mula membincangkan isu pencegahan rasuah pada Sidang Kemuncak G20 yang diadakan di Pittsburgh pada tahun 2009, dan memutuskan untuk menubuhkan kumpulan kerja pencegahan rasuah pada Sidang Kemuncak G20 yang diadakan di Toronto pada tahun 2010. Pertubuhan antarabangsa ini sentiasa komited kepada kerjasama untuk memerangi rasuah. Sempena Sidang Kemuncak G20 yang bakal di diadakan di Hangzhou minggu depan, masyarakat antarabangsa berharap rancangan pencegahan rasuah yang dicapai pada sidang itu akan meningkatkan kerjaya itu ke tahap baharu.

Sejak memerintah, Presiden China Xi Jinping sentiasa mengutamakan usaha membanteras gejala rasuah dan sekarang usaha itu telah mencapai hasil yang ketara. Usaha China itu turut mendapat sokongan dan sanjungan tinggi daripada masyarakat antarabangsa, seperti mana yang disebut dalam majalah Forbes Amerika Syrikat bahawa kemajuan dan hasil yang dicapai oleh China dalam bidang pencegahan rasuah telah diketahui umum.

Pengerusi Institusi Strategi Kemboja menganggap bahawa perjuangan menentang rasuah di China amat berjaya, banyak kes telah dibongkarkan dan ramai pesalah telah dijatuhkan hukuman. Ini merupakan jalan yang perlu dilalui China untuk mengintensifkan pembaharuan secara menyeluruh dan pembaharuan ini juga mendapat pujian daripada rakyat China dan masyarakat antarabangsa.

China juga meningkatkan kerjasama dengan negara lain agar pesalah tidak ada tempat untuk bersembunyi. Dalam tempoh tiga tahun lalu, China telah menjalin hubungan kerjasama dengan 89 buah negara dan kawasan, menandatangani 44 buah perjanjian ekstradisi dan 57 buah perjanjian bantuan kehakiman jenayah dengan negara tersebut untuk menjayakan usaha memerangi rasuah. Sejak Perisytiharan Pencegahan Rasuah Beijing diluluskan dalam Sidang Peringkat Menteri Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) pada tahun 2014, hingga Sidang Kemuncak G20 bersetuju menyokong Pelan Tindakan Pencegahan Rasuah G20 2015-2016, hingga laman web berhubung kerjasama pencegahan rasuah APEC dilancarkan di Beijing, peranan China dalam usaha membanteras gejala rasuah mendapat banyak pujian.

Seorang ketua penyelidik daripada Institusi Penyelidikan Timur Jauh Akademi Sains Rusia menyatakan bahawa antara anggota G20, terdapat 18 buah negara adalah anggota Konvensyen Pencegahan Rasuah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Tindakan membina jaringan pencegahan rasuah dalam lingkungan seluruh dunia, terutamanya menyempurnakan mekanisme mengambil balik wang yang haram dan mencegah pesalah melarikan diri ke negara lain amat mustahak. Amalan dan keazaman China boleh menggalakkan kerjasama antarabangsa untuk membanteras gejala rasuah dan membina jaringan memerangi kegiatan rasuah dalam rangka G20.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China