Cari:
Isu Pembangunan Tumpuan Sidang Kemuncak G20 Hangzhou
2016-08-27 15:56:01 CRI Cetak

Sidang Kemuncak kumpulan 20 (G20) di Hangzhou akan memberi tumpuan kepada isu-isu pembangunan bagi menyuntik daya penggerak baharu kepada pertumbuhan ekonomi dunia.

Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Lu Kang dalam sidang media di Beijing semalam.

Menurut beliau, pendekatan untuk menentang fahaman perlindungan perdagangan dan pelaburan, yang diberikan perhatian dalam sidang kemuncak G20 lalu, akan tetap dititikberatkan.

Menurut laporan yang dikeluarkan institusi kewangan antarabangsa termasuk Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), pada Oktober 2015 hingga Mei 2016, sebanyak 145 langkah sekatan perdagangan telah diperkenal oleh negara-negara anggota G20, iaitu hampir 20 purata setiap bulan. Terdapat ulasan yang menyebut, dengan kebangkitan fahaman perlindungan perdagangan, Sidang Kemuncak G20 di Hangzhou diharap dapat mencapai hasil dalam isu berkenaan.

Sehubung dengan itu, Lu menyatakan, sidang kemuncak di Hangzhou akan terus memfokuskan topik "perdagangan dan pelaburan antarabangsan yang kukuh", di samping memanfaatkan sepenuhnya mekanisme pelbagai hala WTO dan mekanisme pertukaran ekonomi dua hala bagi meningkatkan persefahaman dan memperluas persepakatan.

Langkah-langkah yang lebih proaktif akan turut dilaksanakan untuk menggalakkan penggubalan Pelan Tindakan Hangzhou demi mendorong pertumbuhan ekonomi dunia yang kukuh, mampan, seimbang dan inklusif.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China