Cari:
China Sokong Peranan PBB
2016-08-27 16:25:29 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Perdana Menteri China, Li Keqiang mengadakan pertemuan dengan Presiden Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Peter Thomson di Beijing petang semalam.

PM Li dalam pertemuan itu berkata, situasi antarabangsa kini berhadapan dengan banyak faktor ketidaktentuan akibat kelembapan ekonomi, ancaman keganasan, isu pelarian dan peningkatan risiko geopolitik. Dalam pada itu, China menyokong PBB memainkan peranan yang penting dalam menangani ancaman dan cabaran bersifat global.

Menurut beliau, tahun ini merupakan ulang tahun ke-45 keanggotan semula China dalam PBB. Dalam tempoh 45 tahun lalu, China sentiasa komited untuk mempertahankan sistem antarabangsa yang berteraskan PBB. China akan terus memberikan sokongan kepada PBB dan bekerjasama dengan pelbagai negara dalam usaha membaiki tadbir urus global.

Peter Thomson pula berkata, China selaku kuasa berpengaruh di dunia, memainkan peranan penting bagi mengekalkan kedamaian dan pembangunan lestari dunia. PBB menanti-nantikan hubungan dan kerjasama dengan China meningkat ke tahap yang baharu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China