Cari:
China Tingkatkan Tahap Inklusif Sidang Kemuncak G20
2016-08-28 16:45:53 CRI Cetak

Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon memuji kepemimpinan China dalam penganjuran Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20) dan yakin bahawa usaha China berkenaan akan meningkatkan tahap inklusif sidang kemuncak tersebut.

Ban berkata demikian dalam temu bual bersama wartawan China di ibu pejabat PBB di New York baru-baru ini.

Menyentuh Sidang Kemuncak G20 ke-11 yang akan diadakan di Hongzhou, China pada 4 hingga 5 September ini, Ban turut menyatakan rasa sukacita kerana dapat menghadiri sidang kemuncak tersebut, sambil membuat lawatan kali ke-11 beliau ke China sejak menyandang jawatan Setiausaha Agung PBB.

Kata beliau, ekonomi dunia masih mengalami kelembapan akibat beberapa faktor termasuk pemulihan yang perlahan, permintaan dan pelaburan yang meleset, serta kadar pengangguran yang tinggi. Anggota-anggota G20, yang mewakili entiti ekonomi paling besar dan paling kaya sumbernya, mempunyai komitmen yang paling tinggi terhadap penyelesaian kemelut kewangan dan ekonomi global.

Beliau berharap sidang kemuncak kali ini dapat memberikan tumpuan kepada usaha mengatasi masalah semasa ekonomi dunia termasuk tadbir urus global.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China