Jumlah kematian akibat gempa bumi kuat di tengah Itali meningkat kepada 291 setakat pukul 10 malam 27 Ogos waktu tempatan.
Sehubungan dengan itu, Perdana Menteri Itali, Matteo Renzi mengumumkan hari berkabung negara dan semua bendera dikibarkan separuh tiang sebagai tanda menghormati dan memperingati mangsa yang terkorban.
Pada masa ini, 238 orang yang terperangkap dalam runtuhan bangunan sudah berjaya diselamatkan, manakala 2,100 lagi yang kehilangan rumah telah dipindahkan ke pusat penempatan sementara.