Cari:
Pemeriksaan Kesiapsiagaan Tentera Rusia Tidak Ancam Mana-mana Negara
2016-08-28 16:14:14 CRI Cetak

Pemeriksaan terhadap kesiapsiagaan tentera Rusia adalah untuk meningkatkan kemampuan bertempur pasukan tentera, bukannya untuk mengancam mana-mana negara.

Demikian dinyatakan oleh wakil tetap Rusia ke NATO, Alexander Grushko kepada wartawan semalam.

Kata beliau, pihak Rusia telah memaklumkan hal ini kepada Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama Eropah (OSCE). Di samping itu, pihak NATO juga mengetahui berkenaan pemeriksaan tentera Rusia tersebut.

Tentera Rusia menjalankan pemeriksaan kesiapsiagaan mulai 25 Ogos lalu, yang meliputi latihan pelbagai pusat ketumbukan dan armada.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China