Cari:
HSR Haramain Madinah-Mekah Dijadualkan Beroperasi pada 2017
2016-08-29 11:24:59 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Menurut akhbar Gulf News Arab Saudi, Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Haramain dari Madinah ke Mekah, Arab Saudi dijadualkan beroperasi pada tahun 2017.

Perkhidmatan HSR Haramain itu dijangka akan membantu meredakan kesesakan lalu lintas antara kedua-dua bandar suci di Arab Saudi, selain memendekkan masa perjalanan. Pada ketika itu, beratus-ratus jemaah dari seluruh pelosok dunia boleh menikmati perkhidmatan pengangkutan awam itu.  

Dimaklumkan, laluan Haramain yang sepanjang kira-kira 480 kilometer tersebut menyusuri empat bandar di Arab Saudi dari utara ke selatan, iaitu Madinah, Rabigh, Jeddah dan Mekah. Pembinaan projek HSR Haramain yang disertai syarikat China itu bermula pada tahun 2009 dan tempoh penggunaannya dijadualkan selama 120 tahun.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China