Cari:
Kerjasama Rusia-China Bantu Majukan G20
2016-08-29 15:10:23 CRI Cetak
Sidang Kemuncak ke-11 Kumpulan 20 (G20) yang bertemakan "Mewujudkan ekonomi dunia yang berinovasi, dinamik, koordinasi dan inklusif" bakal diadakan di bandar Hangzhou, provinsi Zhejiang China pada 4 hingga 5 September depan.

Sebelum Sidang Kemuncak G20 kali ini, Duta Besar Rusia ke China, Andrey Denisov ketika menerima wawancara khas Radio Antarabangsa China (CRI) baru-baru ini menyatakan bahawa kerjasama yang semakin erat antara Rusia dengan China, sikap positif kedua-dua negara terhadap pemulihan ekonomi global dan langkah-langkah pembaharuan yang bersifat membina kedua-dua negara pasti akan memberikan impak positif kepada G20 untuk membangun secara seimbang pada masa depan.

Denisov percaya Sidang Kemuncak G20 di Hangzhou akan membuahkan hasil yang signifikan. Rusia bersedia untuk memberikan sokongan yang diperlukan oleh pihak China bagi memastikan pertemuan antara pemimpin kedua-dua negara sempena Sidang Kemuncak G20 kali ini mencapai kejayaan yang besar.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China