Cari:
Mesyuarat Menteri Kebudayaan China, Jepun dan Korea Selatan di Jeju
2016-08-29 11:49:24 CRI Cetak

Mesyuarat Menteri Kebudayaan China, Jepun dan Korea Selatan kali ke-8 diadakan di pulau Jeju, Korea Selatan semalam.

Naib Menteri Kebudayaan China, Ding Wei, Menteri Kebudayaan dan Sukan Korea Selatan, Kim Jong-deok dan Menteri Kebudayaan dan Sains Jepun, Hirokazu Matsuno telah menyertai sidang itu. Para perwakilan daripada sekretariat kerjasama China, Jepun dan Korea Selatan juga menghadiri sidang itu.

Mesyuarat kali ini merupakan langkah penting dalam usaha untuk melaksanakan hasil-hasil yang telah dicapai dalam Sidang Kemuncak China, Jepun dan Korea Selatan ke-6 mengenai bidang kebudayaan. Dalam mesyuarat tersebut, ketiga-tiga pihak telah bertukar-tukar pendapat untuk mengintensifkan kerjasama pragmatik, di samping membahaskan dan meluluskan Dokumen Bersama Jeju. Dokumen itu memperincikan bidang dan projek utama dalam kerjasama tiga negara.

Dalam mesyuarat itu, ketiga-tiga pihak bersepakat untuk membentuk pola pertukaran dan kerjasama budaya China, Jepun dan Korea Selatan dalam era baharu.

China mengeluarkan beberapa anjuran antaranya termasuk melaksanakan Rancangan Pembangunan Bersama Budaya China, Jepun dan Korea Selatan, Rancangan Rakan Budaya China, Jepun dan Korea Selatan serta menghidupkan semula Forum Industri Budaya China, Jepun dan Korea Selatan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China