Cari:
Pegawai Indonesia: Inisiatif B&R Penting bagi Ekonomi Sejagat
2016-08-29 13:30:53 CRI Cetak

Sidang kemuncak Kumpulan 20 (G20) akan diadakan di Hangzhou, China pada 4 hingga 5 September nanti. Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) akan menghadiri sidang kemuncak kali ini dan menyampaikan ucapan dalam Forum Perdagangan China-Indonesia yang akan diadakan pada 3 September nanti. Tujuh orang menteri dalam kabinet Indonesia akan bertukar-tukar pendapat dengan usahawan kedua-dua negara tentang kerjasama dalam bidang maritim, perdagangan, syarikat milik negara, sumber tenaga, gali-galian dan penerbangan awam. Jadual tersebut menunjukkan hasrat dan keyakinan Indonesia untuk memperkasakan pelaburan dan kerjasama dengan China. Kepala baharu Badan Koordinasi Penanaman Modal (BKPM) Indonesia, Tom Lembong ketika diwawancara menyatakan, inisiatif Jalur dan Laluan (B&R) yang dikemukakan oleh China amat penting bagi ekonomi sejagat. Inisiatif itu menjadi salah satu kaedah yang amat diperlukan bagi pemulihan ekonomi dunia.

Menurut Tom, sidang kemuncak G20 menjadi peluang yang terbaik untuk mencari kaedah baharu bagi mengembangkan ekonomi dunia sejak dilanda krisis kewangan pada tahun 2008. Pada masa ini, perkembangan ekonomi di China semakin stabil, pemulihan ekonomi di AS kian cepat, manakala ekonomi di entiti ekonomi baharu seperti Rusia dan Brazil sudahpun hentik merosot. Anggota-anggota G20 hendak merangsang pemulihan ekonomi dunia dengan dasar kewangan dan monetari, perdagangan dan pelaburan. Sebagai pihak penganjur, China menetapkan perdagangan dan pelaburan sebagai dua topik inti bagi sidang kemuncak kali ini merupakan tindakan yang bijak dan sesuai.

Indonesia memberikan perhatian yang tinggi tentang peningkatan pelaburan terhadap infrastruktur dengan menggunakan dasar kewangan. Inisiatif B&R dilihat amat sesuai untuk membantu menjalankan tugas tersebut.

Tom Lembong berkata, sebagai entiti ekonomi yang terbesar dalam ASEAN, Indonesia akan memperkasakan kerjasama dengan China melalui sidang kemuncak kali ini. Jakarta akan mengadakan penyelarasan dengan Beijing tentang penggubalan dasar berkenaan. China merupakan rakan dagang yang paling besar bagi Indonesia. Projek kerjasama strategik antara kedua-dua negara seperti kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Jakarta-Bandong dilasanakan dengan lancar. Kedua-dua negara perlu meningkatkan kerjasama dari segi mekanisme. Bank dari kedua-dua negara telah mewujudkan mekanisme yang berkesan bagi memperkasakan pelaburan dan kerjasama. Indonesia dan China perlu membina mekanisme dan platform kerjasama yang disertai oleh syarikat swasta dalam bidang pelancongan dan hartanah.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China