Penyanyi pop Amerika Syarikat, Beyonce menguasai Anugerah Muzik Video MTV apabila membawa pulang 8 daripada 11 anugerah dicalonkan dalam rancangan yang disiarkan ke lebih 120 negara, di Madison Square Garden di New York.
Bintang pop itu menang Video of the Year bagi Formation, iaitu single pertama bagi filem dan album "Lemonade", yang dirakamkan di New Orleans dan diilhamkan daripada budaya Creole bandar raya itu, adegan hip-hop dan keadaan selepas dibadai Taufan Katrina.
(sumber Berita Harian Malaysia)