Cari:
Ban Ki-moon: Isu Nuklear Semenanjung Korea Perlu Diselesaikan Melalui Dialog
2016-08-30 13:56:32 CRI Cetak

Tindakan Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) membangunkan senjata nuklear dan peluru berpandu balistik bukan sahaja telah melanggar resolusi Majlis Keselamatan PBB (UNSC), bahkan menjejaskan kedamaian dan kestabilan Semenanjung Korea dan rantau Asia Pasifik.

Demikian dinyatakan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon ketika menghadiri ceramah di Singapore Management University (SMU) semalam.

Ketika membicarakan isu panas tersebut, beliau menyatakan bahawa situasi Semenanjung Korea masih merupakan cabaran yang serius. Oleh itu, semua pihak mesti berusaha membebaskan Semenanjung Korea daripada senjata nuklear melalui dialog. Beliau juga sentiasa bersedia untuk memberikan sumbangan ke arah usaha murni tersebut.

UNSC, melalui kenyataan pada 26 Ogos lalu, mengutuk sekeras-kerasnya tindakan DPRK melancarkan peluru berpandu balistik sekali lagi.

Jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying pula berkata, China masih mengekalkan pendirian yang membebaskan Semenanjung Korea daripada senjata nuklear, memelihara kedamaian dan kestabilan Semenanjung Korea, di samping berusaha untuk menyelesaikan isu tersebut melalui dialog dan rundingan. China berharap agar pihak-pihak berkenaan mengawal diri dan bertenang serta tidak mengambil tindakan yang merumitkan situasi serantau.

Maka, isyarat yang dikeluarkan UNSC juga sepatutnya menyeluruh dan seimbang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China