Cari:
Ban Ki-moon Sanjung Usaha China dalam Sidang Kemuncak G20
2016-08-30 14:44:04 CRI Cetak

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon, sebelum menghadiri Sidang Kemuncak Kumpulan 20(G20) di Hangzhou China, memaklumkan kepada media bahawa beliau menyanjung tinggi usaha China yang memfokuskan isu makro seperti pembangunan mampan dan perubahan iklim dalam sidang kemuncak kali ini. Beliau berharap agar sidang kemuncak kali ini akan membantu pelaksanaan agenda pembangunan mampan 2030 dan Perjanjian Paris mengenai perubahan iklim.

Sidang Kemuncak G20 di Hangzhou menjadi sidang terakhir bagi Ban Ki-moon sebagai Setiausaha Agung PBB kerana tempoh perkhidmatan beliau sebagai Setiausaha Agung PBB bakal berakhir pada penghujung tahun ini. Sebelum itu, beliau akan mengadakan lawatan rasmi ke Singapura, Myanmar dan Sri Lanka. Selepas Sidang Kemuncak G20 berakhir, beliau akan ke Laos untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-PBB.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China