Cari:
G20 Perkasakan Inovasi dan Kewangan Hijau
2016-08-30 15:03:07 CRI Cetak

Atas undangan Presiden China, Xi Jinping, Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong akan menghadiri Sidang Kemuncak ke-11 Kumpulan 20 (G20) yang bakal diadakan di Hangzhou, China. Pakar dari Institut Pengajian Asia Timur Universiti Kebangsaan Singapura, Chen Gang ketika diwawancara baru-baru ini telah membentangkan peranan G20 serta pandangan tentang pembinaan ekonomi dunia yang bersifat inovatif dan inklusif.

Menurut Chen, sebagai hab kewangan sejagat, Singapura memainkan peranan yang unik. Walaupun bukan negara anggota G20, Singapura tetap diundang menyertai sidang kemuncak kali ini yang menunjukkan peranannya yang penting dalam bidang kewangan sejagat. Memandangkan China selaku tuan rumah bagi sidang kemuncak kali ini, layanan khas kepada Singapura pula membuktikan hubungan yang baik antara kedua-dua negara.

G20 ditubuhkan pada tahun 2008 ketika dunia dilanda krisis kewangan. Pada masa ini, pemulihan ekonomi dunia tetap kurang kuat. G20 dikehendaki memperkasakan penyelarasan dalam beberapa bidang, khususnya dasar monetari dan kewangan. Chen Gang berharap China meningkatkan penyelarasan dasar antara pelbagai negara anggota melalui sidang kemuncak kali ini.

Chen berkata, inovasi yang dijadikan topik utama bagi sidang kemuncak kali ini, memainkan peranan yang penting bagi ekonomi dunia. Pada masa ini, ekonomi sejagat merosot yang menyebabkan industri tradisional menghadapi cabaran. Inovasi, khususnya inovasi dalam sektor perkhidmatan dan industri perkilangan moden amat penting bagi merangsang pertumbuhan ekonomi. Kebangkitan ekonomi di Asia dalam tempoh 20 tahun yang lalu tidak terlepas daripada industrialisasi dan urbanisasi di China. Pada masa ini, cubaan China untuk mewujudkan pembangunan inovasi melalui pembaharuan sistem dilihat akan merangsang ekonomi di negara ini malah seluruh Asia.

China buat kali pertama memasukkan kewangan hijau dalam agenda sidang kemuncak G20. Ini mendapat sambutan yang baik daripada negara-negara anggota. Chen Gang berkata, China telah mengadakan percubaan tentang kewangan hijau seawal tahun 2007. Tetapi usaha itu tidak dapat diteruskan disebabkan badan kewangan tidak memasukkan "perlindungan alam sekitar" dalam sistem kewangan. Menurutnya, perlindungan alam sekitar nanti patut dijadikan satu rujukan yang penting sepanjang proses pembiayaan sektor korporat.

Tambah Chen, G20 dikehendaki terus memperkasakan kebebasan perdagangan sejagat, membanteras perlindungan perdagangan serta bekerjasama dalam bidang antirasuah.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China