Cari:
Presiden Kyrgyzstan Arah Siasatan terhadap Letupan di Kedutaan Besar China
2016-08-31 14:08:35 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Presiden Kyrgyzstan, Almazbek Atambayev mengeluarkan arahan kepada pelbagai jabatan keselamatan negaranya segera menjalankan siasatan berhubung letupan bom yang berlaku di Kedutaan Besar China ke Kyrgyzstan di Bishkek pada petang 30 Ogos waktu tempatan.

Bahagian Penerangan Jabatan Presiden Kyrgyzstan mendedahkan bahawa Atambayev mengarahkan petugas kerajaan dan jabatan keselamatan dengan secepat mungkin mengeluarkan langkah drastik antikegansan untuk dilaksanakan di ibu negara dan pelbagai bandar yang lain, termasuklah tindakan menjaga keselamatan nyawa kakitangan dan bangunan kedutaan besar negara lain di Kyrgyzstan.

Penyerang Kedutaan Besar China ke Kyrgyzstan itu dilaporkan maut, manakala tiga orang pengawal keselamatan ce­dera apabila kereta membawa penyerang berani mati meletup di Kedutaan China.

Jabatan Keselamatan Kyrgyzstan sedang melakukan ujian asid deoksiribonukleik(DNA) ke atas mayat penyerang untuk mengenal pasti identitinya.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China